Monday, January 03, 2005

Satu Perjuangan....

Kehidupan adalah satu perjuangan. Berakhirnya sebuah perjuangan adalah datangnya kematian. Ruang lingkup perjuangan memang luas. Seluas warna-warni kehidupan. Puncak tertinggi dari perjuangan adalah jihad. Sedang jihad itu sendiri adalah puncak bagi kerja-kerja Islam.
Berkata Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya : “ Andai matahari kau letakkan di tangan kananku, bulan pula ditangan kiriku, bagiku untuk melepaskan beban yang kubawa ini, sekali-kali tidak”. Perjuangan dari seorang rijal murabbi, tidak melepaskan apa yang dibawa hanya kerana kemewahan dunia yang terlalu sedikit. Dengan keyakinan sepenuhnya kepada Sang Pencipta, menyerahkan segala urusan hanya kepada Allah.
“ Dan barangsiapa yang bersungguh-sungguh berjihad di jalan Kami, pasti Kami akan tunjukkan jalan Kami.” (Al-Ankabut :69)
Mengawali sebuah perjuangan itu memang berat. Menjalaninya lebih berat. Tetapi menjaga kesinambungan sebuah perjuangan itu jauh lebih berat.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum....selamat berjuang kepada sahabat2 di sana yer...
Doakan mangsa2 Tsunami diberikan kekuatan menghadapi segala perancangan Allah SWT ini

3:52 PM  

Post a Comment

<< Home