Kenyataan Berita Harian
Penjenamaan remaja perlu jadi agenda
BEBERAPA kejadian jenayah dan buli yang membabitkan belia sejak akhir-akhir ini, mendesak kita supaya melakukan penjenamaan semula peranan yang harus dimainkan oleh belia dalam masyarakat.
Kes Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin yang dibelasah rakan sendiri, Asrin Mohsin yang dipukul teruk oleh sekumpulan remaja dan penangkapan beberapa remaja serta pengawal keselamatan yang menghisap dadah dalam kawasan sekolah menggemparkan kita.
Banyak lagi isu panas yang melanda institusi pendidikan negara yang semakin mencabar dan mendesak kita melakukan sesuatu.
Pembabitan remaja yang juga belia harapan negara ini sudah tentunya membimbangkan kerana kita menyandarkan harapan kepada mereka untuk mewarisi negara suatu masa nanti. Justeru, adalah penting golongan belia menjernihkan semula peranan mereka sebagai tonggak harapan masyarakat.
Usaha penjenamaan semula peranan belia seharusnya bermula daripada akar umbi iaitu institusi kekeluargaan dan seterusnya alam pendidikan.
Keluarga juga memainkan peranan penting bagi mencorakkan anak dengan diberi pendidikan agama yang baik, selain elemen pendidikan teknikal dan praktikal di institusi pendidikan.
Penerapan nilai murni dalam sesebuah masyarakat perlu sama-sama dijalankan bukan sekadar program melepaskan batuk di tangga. Program keilmuan dan keagamaan perlu diadakan berterusan dalam sesebuah masyarakat.
Persatuan belia yang ada hendaklah memainkan peranan mengisi nilai murni ini. Belia seharusnya melipatgandakan usaha untuk mencegah semua kegiatan kurang sihat yang melanda masyarakat kita kini.
Kerjasama daripada masyarakat untuk membantu persatuan belia yang ada menjalankan apa juga program untuk kebaikan bersama amat diharapkan. Kempen sayangi masyarakat dari gejala sosial perlu diadakan dari semasa ke semasa bukan sekadar apabila timbul isu besar yang menggugat ketenteraman negara.
Pembangunan minda dan jatidiri generasi muda yang berkualiti mampu mendepani cabaran realiti masyarakat globalisasi yang sedang kita lalui ini. Krisis nilai dan identiti golongan muda yang terjerumus ke dalam kancah konflik diri dan moral ini perlu sama-sama dibantu oleh generasi belia hari ini.
Begitu juga dengan mahasiswa yang tergolong dalam kelompok belia ini seharusnya memainkan peranan membantu masyarakat menangani masalah berkenaan.
Program mahasiswa seperti Bakti Siswa dan sebagainya perlu menjurus ke arah pendidikan dan latihan yang memberikan input kepemimpinan, perubahan sikap, kemahiran, akhlak dan keilmuan.
MOHD KHAIRUL NIZAM SHARIB,
Nibong Tebal, Pulau Pinang.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home