Wednesday, August 10, 2005

Saudaraku



Wahai Saudaraku,
Ketika engkau gembira menikmati hidangan berbukamu…
Ramai saudara sebayamu…
Sedang merintih kelaparan, sedang berjuang merebut
sekeping roti yang bersarang,
Wahai Saudaraku,
Ketika engkau tertawa menikmati kemewahan….
Ramai saudaramu disana…
Menitiskan darah perjuangan, menangis sayu dalam kesejukan,
mengemis hiba menanti ihsan, tiada pakaian
apatah lagi tempat kediaman.
Wahai Saudaraku,
Ketika kita masih mampu bersenda gurau…
Pernahkah kita menangis kerana nasib saudara seIman?
Pernahkah kita menghulurkan tangan
menyelamatkan mereka?
Atau pernah bermimpi betapa sengsaranya mereka?
Atau kita hanya bermimpi memiliki syurga
tanpa mengalirkan peluh apatah lagi darah???
Wahai Saudaraku…kejamkah kita???
Atau pejamkan saja mata…
Biarkan mereka asal perut kita kenyang,
tidur kita lena, mandi kita selesa…..

*Di nukil semula dari karya Al-Hamasah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home