Friday, March 17, 2006

447 calon STPM dapat 5A, 4A

Tahniah buat semua rakan-rakan yang telah mendapat keputusan terbaik dan cemerlang dalam STPM yang lepas, teruskan perjuangan kalian di mana jua berada, memetik kata-kata yang diluahkan Mohd Nur Azuan Mohd Nasir dari KISAS "kejayaannya ini adalah satu AMANAH dari ALLAH S.W.T. Keberkatan solat hajat secara berjemaah telah berjaya menguatkan lagi tenaga kerohaniannya dalam membentuk jatidiri pelajar muslim yang berjaya,Syabas penulis ucapkan!Takbir!

Sembilan pelajar cemerlang diketuai pelajar aliran sastera, Mohd Nur Azuan Mohd Nasir dari Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas), Klang; diikuti lapan calon aliran sains iaitu Tham Yea Bing dan Chong Yee Mei dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Ampuan Durah, Seremban.Teh Seng Chee (SMJK Chung Ling, Pulau Pinang), Tan Chin Kimg (SMJK Perempuan China, Pulau Pinang), Chiam Poh Jeann (SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur), Lee Jean Jean (SMK St Paul, Seremban), Soo Kit Keong (SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya), dan Woon Kai Foo (SMK Telok Datok, Banting).Pelajar cemerlang luar bandar pula ialah Tang Ing Chuan (SMK Meradong, Bintangor), Corinne Chew Shu Ling (SMK St Anthony, Sarikei), Wong Chee Yen (SMK Dato’ Haji Mohd Taib, Chemor) dan Jarina a/p Loing (SMK Mengkarak, Bandar Bera).Pelajar cemerlang kategori calon istimewa ialah Syafawati Abdul Jamal (cacat penglihatan) (SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan), Abdul Hakeem Misnan (tangan kanan tidak berfungsi) (Kisas), dan Daniel Wong Sing Lee (mata kiri mengalami kecacatan penglihatan ketika peperiksaan tetapi kini sudah beransur pulih) (SMK Sacred Heart, Sibu).

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

may i knw how u know him?and how far you know him.i wonder..

3:21 AM  

Post a Comment

<< Home