Saturday, September 30, 2006

Madrasah Ramadhan

Detik 1 Ramadhan kembali lagi...syukur kita semua dapat bertemunya sekali lagi.Bulan kemuliaan, bulan keberkatan..Dan saya sendiri sebagai empunyai layar blog ini mengucapkan kepada semua rakan-rakan seAgama..teruskan perjuangan kalian walau dimana berada. Madrasah Ramadhan ini mengajar kita pelbagai ujian dan dugaan sebenarnya. Semuanya adalah kem tarbiyah yang perlu kita lalui. Setelah mendaftarkan diri untuk memasuki kem tarbiyah ini, kita sebagai pesertanya diperlihatkan dengan pelbagai ragam dan cerita dalam sebulan dalam madrasah Ramadhan ini.

Bermula dengan niat, bangun bersahur, menahan diri dari segala perkara yang membatalkan, sehinggalah waktu berbuka, 1001 macam karenah manusia yang dapat kita lihat. Usah pergi terlalu jauh, lihat saja dalam diri kita, berhadapan dengan pelbagai cubaan dan dugaan yang menguji keimanan.

Saya terasa untuk berkongsi cerita dengan semua..Suatu malam di bulan ramadhan iaitu malam ke 6 Ramadhan 1427 baru-baru ini, saya telah mengikuti satu tazkirah yang disampaikan oleh seorang bergelar Doktor Perubatan bergelar Ustaz..penyampaian tazkirahnya ini berkenaan dengan Puasa dari Segi Kesihatan.Menarik tajuk ini untuk sama-sama kita kongsi. Saya cuma ingin memetik satu ringkasan ceritanya mengenai perjuangan tentera Hizbullah yang berjuang menentang kezaliman Israel Laknatullah di Lubnan baru-baru ini. Pengalaman beliau ke sana untuk menjadi sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah telah menemukan beliau dengan beberapa orang pejuang tentera Hizbullah. Saya ringkaskan cerita ini, apa yang membuatkan saya tertarik ialah, katanya tentera Hizbullah dilihat bangun malam untuk bertaqarrub menghadap ALLAH SWT bertahajud, membaca Al-Quran sepanjang malam dalam suasana peperangan di sana. Pada siang harinya pula, mereka berpuasa.
Betapa kuatnya iman mereka, inilah tentera yang berkualiti penuh dengan roh jihadnya. Sememangnya Israel wajib kalah dalam peperangan wilayah Lubnan tersebut.Sesungguhnya banyak peperangan yang dilalui oleh umat terdahulu ada berlaku dalam bulan Ramadhan ini. Peperangan Badar ( Badar Al-Kubra ) contohnya juga berlaku dalam bulan mulia ini 17 Ramadhan..itulah serba sedikit perkongsian ilmu yang saya ingin tuliskan di sini.Sama-sama kita renungi dan fikirkan..

Marhaban Ya Ramadan..ayuh bersama kita jayakan dengan baik kemuliaan bulan ini. Tegakkan kalimah kebenaran, tekadkan azam, teruskan perjuangan.

Salam Eid Mubarak
Khairul Nizam
Jitra.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home