Tuesday, December 12, 2006

Mutiara Hati

Kisah Mutiara Hati.... Drama bersiri setiap 6 petang di Channel 9. Saya merasakan drama lakonan anak cilik, yang dikenali Nabila ini memang popular di kalangan penonton tetap siaran drama Indonesia selepas drama 'Kiamat Sudah Dekat'.

Petang kelmarin, saya juga menjadi sebahagian besar penonton siaran drama ini. Drama ini baik dan mesej yang disampaikan juga jelas dan dapat difahami oleh setiap mata hati yang menontonnya. Kepetahan si Nabila, anak kecil comel ini menyebut 'bunda, Ya Allah...dan kata-kata manisnya itu membuatkan hati gembira melihat lakonan si Nabila dan kisah hidupnya itu.

Saya tertarik dengan episod petang kelmarin 11 Disember, apabila dikisahkan seorang pemuda dan bapanya. Pemuda ini berkelakuan tidak baik kepada bapak nya sendiri ( bapa kandung pulak tu ! ). Dalam erti kata lain, dia sudah bersikap 'kurang ajar' , Derhaka, 'melampau' , 'Zalim' kepada orang tuanya itu. Sudahlah bapanya sendiri 'melutut' menjadi buruh paksa bekerja di sebuah tapak pembinaan. Yang mengembirakan hati si pemuda ialah, dia menjadi "Mandur" iaitu 'penyelia', 'supervisor' , 'incharge man' kepada bapa nya sendiri. Pendek kata, semua arahan kepada bapanya diucap dengan kata-kata kasar dan penuh kezaliman.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah pengajaran tentang kepentingan mendapat redha Ibu Bapa yang banyak berkorban untuk kejayaan kita pada hari ini. Adanya kita sebagai seorang pemuda, seorang pemudi, seorang jurutera, pensyarah,tukang kebun, penjual air tebu dan sebagainya...semuanya bermula dari didikan dan asuhan ibu bapa tercinta. Ibu menjaga hinggakan seekor nyamuk pun tidak boleh tumpang 'landing' di atas badan kita sewaktu 'baby' dahulu. Alangkah kasihnya mereka pada kita...saya menasihatkan diri yang paling utama ini, agar kita menjadi anak-anak yang dapat memberi air mata kegembiraan buat kedua ibu dan bapa kita.
Buatlah apa jua kebaikan untuk mereka selagi mereka masih ada di dunia ini..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home