Thursday, June 14, 2007

Pengucapan Awam dan Kemahiran Persembahan

Sekadar berkongsi pengalaman dengan semua pelayar, pembaca, tetamu di blog ini. Pada 10-13 Jun 2007 yang lalu saya telah berpeluang mengikuti Kursus Pengucapan Awam dan Kemahiran Persembahan di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka Bandaraya Bersejarah.Kursus ini adalah anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dengan kerjasama dari sebuah syarikat perunding motivasi Amal Pro Sdn.Bhd.
Dengar sahaja "pengucapan awam"? ah! tidak...aku tak nak join"..dah sebagainya itu adalah ungkapan kata-kata yang seringkali, kadang-kadang kita dengari. Pengucapan awam atau "public speaking" ini ada juga yang menjadikan ia satu 'fenomena' menakutkan untuk disertai. Betul atau tidak?
Bagi kita sebagai insan biasa ini, sememangnya perasaan gugup,gementar,hilang arah, "blur" dan sebagainya akan berlaku semasa pengucapan awam ini. Perasaan yang timbul ini, semuanya ada dalam jiwa manusia. Apatah lagi kita berdiri di hadapan beribu-ribu orang yang tidak dikenali untuk berucap dalam sesuatu majlis.

Berkenaan kursus yang dapat saya hadiri ini, saya amat besyukur kepada Yang Maha Kuasa, ALLAH SWT. kerana saya dapat mengikuti kursus berkenaan sehingga hari akhirnya.Alhamdulillah, 1001 dan bertambah-tambah lagi dapatan ilmu dan mutiara indah pengetahuan tambahan dapat saya kutip di sana. Tips-tips berguna, teknik, strategi sulit semuanya didedahkan oleh fasilitator yang diamanahkan menyampaikan ilmu mereka kepada semua peserta kursus. Syukran diucapkan kepada Tn Syed Putra bin Syed Ali,Prof.Madya Dr.Syarifah Meriam binti Syed Akil dan pihak penganjur kursus.

Suka saya katakan di sini, jika ada yang berminat berkongsi pengalaman,berdiskusi ilmu berkenaan topik "pengucapan awam dan kemahiran persembahan" ini, saya amat alu-alukan 'langkah demi langkah' yang positif ini. Sekian, sekadar perkongsian dari saya.

bersambung...





3 Comments:

Blogger faizalzainol said...

This comment has been removed by the author.

8:35 AM  
Blogger faizalzainol said...

salam,

bidang pengucapan awam ini memerlukan latihan, penguasaan bahasa dan yang penting ilmu..

yang paling penting adalah keberanian dan susunan kata dlm membicarakan sesuatu hujah.. Teruskan usaha saudara..

1:58 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya pun baru tamat mengikuti kursus pengucapan awan dalam bahasa Inggeris di UIA. Memang letih tapi amat berbaloi.

Sekarang saya sedang mengumpulkan bahan berkaitan public speaking ni di laman web saya untuk tatapan umum yang tidak berpeluang mengikuti kursus sebegini.

11:35 AM  

Post a Comment

<< Home