Sunday, June 24, 2007

Gilap Akal dan Ilmu





Alhamdulillah, setelah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di blog kesayangan saya ini,hari ini jari-jemari ini kembali kepada tugasnya untuk menaip di keyboard komputer ini. Setelah pulang dari kursus pengucapan awam dan kemahiran persembahan yang telah saya "update" entrinya di blog ini. Saya telah mendapat "assignment" untuk amali praktikal apa yang saya pelajari pada kursus berkenaan. Mana tidaknya dikatakan satu "amali" selepas teori dan latihan diberikan 4 hari dalam kursus tersebut...Saya telah diamanahkan oleh seorang rakan pejabat untuk menggantikan beliau bagi menyampaikan satu taklimat berkenaan kursus yang diadakan di kolej tempat saya "kerja". Tugasan menyampaikan satu ucapan serba ringkas ini, alhamdulillah dapat saya laksanakan dengan sebaik semampu diri saya laksanakan. Taklimat kepada kaum ibu sekitar daerah Bandar Baharu di dalam program Seminar dan Motivasi Kumpulan Sokongan Susu Ibu, Daerah Bandar Baharu, Kedah. Serba sedikit teknik dan kaedah komunikasi di khalayak ramai cuba saya praktikan di dalam siri taklimat ringkas tersebut. Antara yang boleh saya kongsikan beberapa tips berguna dengan para sahabat pelayar alam maya internet ini ialah :

  1. Beberapa tujuan ucapan antaranya ialah : Tujuan untuk memberi maklumat, mempengaruhi, tukar pandangan, syarahan umum, memujuk serta menghibur.

  2. Satu pengucapan yang efektif, yakni yang berkesan ialah : Pengucap mestilah menangani kegugupan, menganalisa audiens (tetamu / pendengar),mengumpul idea dan maklumat, mengatur bahan ucapan.

  3. Bagaimana kita boleh "Success" dalam menyampaikan ucapan? -Ya, sudah tentunya perancangan; merancang pengenalan ucapan, latihan berucap,cara penyampaian dan penutup ucapan.

  4. Dalam memulakan ucapan seharusnya kita : memiliki gaya tersendiri ( be Yourself ), yakin, berjalan dengan tenang, adakan hubungan interaksi dengan audiens, senyuman keceriaan, memulakan dengan tanpa melihat nota (keynote), ucapan aluan terima kasih kepada MC (master of ceremony), perkenalan diri, nyatakan perasaan anda dan sebagainya...

  5. Antara perkara yang patut anda elakkan semasa berucap ialah : bergayut pada rostrum, berdiri senget, berpeluk tubuh, tangan dalam poket seluar, pergerakan tangan melampau, menggaru misai / janggut, memusingkan pen, kerap menyelak nota dan sebagainya...inilah pantang larang dalam penampilan diri semasa berucap.
Tetamu,sahabat-sahabat semua, inilah diantara beberapa yang boleh saya kongsikan dengan kalian semua. Apa yang ingin saya tambahkan serba sedikit ialah mengenai akal kita sebagai umat manusia perlu kita "gilap" dengan sebaik-baiknya. Akal anugerah paling berharga yang perlu kita hargainya dengan baik. Ilmu amat pentng bagi kita sebagai umat Islam yang kini berhadapan dengan pelbagai krisis masyarakat dunia. Surah Al-Mujadalah ayat 11 menerangkan maksud ayat " Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan berilmu di kalangan kamu beberapa darjat" .

Generasi hari ini seharusnya memiliki kekuatan mengenali potensi diri dengan baik dalam mendepani arus kehidupan yang semakin mencabar ini. Saya juga mengingatkan diri saya berkenaan perkara penting ini.Perdalamkan ilmu di dalam diri kita, gilapkan akal kita dengan sebaik-baiknya. Al-Quran dan Sunnah ada formula kejayaan tersebut..












0 Comments:

Post a Comment

<< Home