Sunday, August 05, 2007

Good Communication is A Question of Attitude!

Alhamdulillah, dipanjangkan rasa kesyukuran pada empunya dunia, ALLAH S.W.T. yang telah memberi kesempatan masa untuk saya menghadiri kursus kemahiran komunikasi berkesan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim pada 1-2 Ogos 2007 yang lalu. Ianya telah diseliakan oleh Perbadanan Produktiviti Negara ( National Productivity Corporation).

Komunikasi mengikut satu tafsiran dalam Kamus Dewan keluaran DBP Edisi ke-4, Tahun 2005 ialah satu perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat,radio, telefon dan lain-lain. Secara amnya ianya satu perhubungan si pemberi untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada si penerima. Komunikasi mempunyai aspek keterangan dan aspek emosi untuk menjadikan sesuatu komunikasi itu lebih baik. Aspek informasi bersama-sama kandungan isi dan aspek emosi perlu ada untuk lebih menjadikan satu komunikasi itu berkesan.

Antara 8 Aspek kemahiran komunikasi terpilih yang boleh dilampirkan di sini ialah :
  1. Melibatkan orang lain dalam sesuatu komunikasi - ia bermakna, ada penglibatan 2 atau lebih orang dalam sesuatu komunikasi yang terjadi.
  2. Menerima idea/pendapat orang lain - wujudnya pertukaran pendapat dan idea dari kedua-dua belah pihak yang berkomunikasi/berbincang/mesyuarat dan sebagainya.
  3. Mendengar - kemahiran ini amat baik, kerana faktor pendengaran kepada sesuatu mesej yang disampaikan perlunya kepada ruang untuk kita mendengar setiap pendapat.
  4. Menerima - setelah dipersetujui bersama, aspek penerimaan perlu ada, dan ia perlu diterima dengan sejelas-jelasnya.
  5. Melahirkan pendapat berlainan secara konstruktif - aspek ini perlu untuk lebih merancakkan sesuatu ruang komunikasi yang berlaku, setiap yang terlibat ada pendapat yang berbeza-beza.
  6. Penjelasan - ini amat perlu kerana, setiap ucapan kata-kata perlu disampaikan dengan baik dan jelas difahami oleh pihak pendengar.
  7. Bertanya - aspek ini ada baik untuk mendapatkan lebih kepastian kepada sesuatu ketidakfahaman atau salah paham/musykil dan keliru.
  8. Membuat cadangan - setelah masng-masing memberi pendapat, mungkin ada timbul persoalan / permasalahan yang memerlukan cadangan yang pelbagai bagi membantu komunikasi berjalan dengan baik.

Semua aspek ini penting kerana ia :

  • Membentuk satu sistem yang saling melengkapkan antara satu sama lain.
  • Melancarkan komunikasi menerusi konsep perkongsian.
  • Merupakan asas kepada kejayaan sesebuah kumpulan ( organisasi )
  • Memahami dan selari dengan pendapat / idea pihak-pihak yang terlibat dalam perbincangan.
  • Memberi penghargaan kepada penyumbang pendapat yang lain.
  • Membawa satu kumpulan ke tahap yang lebih tinggi secara aktif dan positif.
  • Mengelakkan kehilangan idea-idea yang baik / elakkan salah paham.
  • Melahirkan minat dan hormat-menghormati.
  • Mendapatkan kepastian untuk memahami sesuatu.
  • Memujudkan satu keseimbangan perbincangan secara pro dan kontra.
  • Mewujudkan satu suasana kerja yang baik dan elakkan konflik komunikasi.

Banyak lagi aspek positif yang akan wujud jika kita semua mengamalkan satu kemahiran komunikasi yang berkesan. Ianya satu seni yang menarik dalam kehidupan kita sebagai manusia yang selalu berhadapan dengan sesiapa sahaja untuk berkomunikasi/bercakap. Saya pasti setiap orang boleh berkomunikasi, cuma apa yang membezakan gaya, kemahiran, medium / alat komunikasi yang digunakan.

Itulah serba sedikit pengalaman yang saya ingin kongsikan bersama tetamu ziarah sekalian. Jika ada pengalaman / tambahan ilmu yang lain boleh kita kongsikan dalam entri ini.

p/s : Terima kasih dan penghargaan buat moderator yang terlibat iaitu Mr. Shaffiee Ayob. Beliau ialah Manager Manufacturing Department di Siemens VDO Instruments MY Sdn. Bhd., Perai, Pulau Pinang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home