Thursday, May 19, 2005

Pemuda dan Pemudi ISLAM yang Unggul

Menjadi PEMUDA DAN PEMUDI Islam UNGGUL
::::::Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam. Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-~ Usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi~ Usia yang mengalir darah yang gemuruh ~ Usia yang tinggi idealisme yang luas ~ Usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula ~ Usia yang menabur jasa, memberi kesan.Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah. Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-~ Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu ~ Generasi amal dan membina jama'iy ~ Generasi rabbani dan ikhlas ~ Generasi yang bernasabkan Islam ~ Generasi da'awah dan jihad ~ Generasi dagang dan hidup bersama orang ramai ~ Generasi gagah dan agung ~ Ggenerasi seimbang dan sederhanaManakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da'awah. Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah:-~ Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar ~ Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada ~ Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri ~ Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik ~ Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan ~ Belajar menerima teguran yang membina~ Perakui kejayaan anda ~ Tetap merendah diri ~ Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada ~ Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya Insyaallah dengan kita memahami dan menghayati saranan di atas semoga kita dapat menjadi insan yang mulia, mempunyai sifat mahmudah dan kembali ke jalan yang benar, apa-apa yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kejahilan kita sendiri, semoga Allah merahmati perpaduan dan ukhuwwah Islam, memberikan kekuatan utk kita bersatu di bawah panjiNya, meneruskan perjuangan ini dengan satu tekad, azam dan iltizam yang baru..
. WAHDATUNA LIL ISLAM...Sekian wassalam..

Friday, May 06, 2005

Kawe Di Johor

Haa..sudah lama sudah tidak kawe menaip di sini ..syukur sempat juga kawe menulis walau sekelip mata, sekilas pandang buat tatapan teman-teman di luar sana.
Untuk information kalian semua, kawe berada di Johor selama 1 week, Ahad 8 Mei barulah kawe pualng ke sisi family di Perak...
Pi ke kampus, jumpa la ngan En Saiful kat kampus bandar tu. Sembang tentang Tawaran Biasiswa KUKUM-JPA dibawah Skim Latihan Akademik Bumiputera untuk sambungan master dan pengajar. Saja sembang mintak pandangan dia saja..

Oklah, nantilah kita sembang panjang2 yer..semoga berjaya kalian di sana.