Thursday, April 05, 2007

Santapan Rohani Rabiulawal

Alhamdulillah, sepanjang kesyukuran kepadaNYA, ALLAH SWT yang Maha Kuasa, Maha Agung dapat ku bernafas lagi dibumi Malaysia ini. Tatkala, gegaran gempa Tsunami melanda Kepulauan Solomon dan gegaran susulan di negara-negara Asia Pasifik,kita di Malaysia masih segar menghirup udara ini, ALLAHUAKBAR!
Namun keghairahan kita yang merasakan keamanan yang dikecapi selama ini haruslah diselangi dengan ingatan kita pada tanda-tanda Akhir zaman yang telah banyak ALLAH tunjukkan pada kita sebagai manusia di alam fana ini.Sebagai ingatan kita bersama, diri ini juga banyak kesalahan dosa, sama-sama kita menginsafi diri pada NYA Yang Maha Esa.
Malam 17 Rabiulawal 1428H ( 4 April 2007 ), selepas 5 hari sambutan Maulidur Rasul S.A.W. diri ini telah berkesempatan ke Surau Taman Kerian, Parit Buntar, untuk meluangkan sedikit masa yang ada bersama jemaah yang lain mendengar kupasan ilmu dari yang berbahagia Ustaz Shamsuri Ahmad ( penceramah terkenal di kawasan Utara ). Antara isi ilmu yang dibincangkan adalah seperti "keluhuran" akhlak dan sikap Rasulullah S.A.W. yang tiada tolok bandingannya dengan insan lain. Akhlak Rasulullah S.A.W.adalah suri teladan kita semua!Banyak lagi isu menarik yang menjadi isi kuliah bulanan pada malam tersebut, antara nya lagi, kecantikan sifat dan kuasa ALLAH SWT menjadikan alam cakerawala ini dengan cantik dan halusnya,kejadian siang malam, 7 petala langit, lapisan tanah bumi, gemerlapan bintang-bintang, lingkaran planet-planet, hijau alam ini, biru luas lautan airnya, dan berbagai lagi ciptaanNYA..indah sungguh, Maha Hebat MU Ya ALLAH!!SubhanAllah!..
Semoga kita semua mempersiapkan diri sebaik-baiknya untuk menghadapi ujian-ujian dan dugaan hidup...