Wednesday, May 30, 2007

Terkini Kes Lina Joy ( Azlina Jailani )

Hari ini saya dapat beberapa maklumat mengenai Kes 'Panas' ini. Samada melalui YM (YahooMessenger) , emel, sms atau media elektronik yang lain..ni ada maklumat berkenaan hal tersebut yang saya petik dari sebuah website....


PUTRAJAYA, 30 Mei 2007- Mahkamah Persekutuan pada hari ini telah memutuskan kes Kes Azlina Jailani pada pagi tadi jam 10:30 pagi di Putrajaya.

Penghakiman disampaikan oleh Tun Fairuz, Dato' Ricahard Malanjun dan Dato' Allaudin.Berikut ini penghakiman yang telah dijalankan sebentar tadi:

Hakim Tun Fairus: Mahkamah Syariah ada kuasa tentukan sama ada seseorang boleh murtad atau tidak.Mahkamah boleh kenakan syarat untuk murtad.

Tun Fairus menyimpulkan bahawa artikel 11 tidak membenarkan Azlina Jailani untuk menukar agama sesuka hati. Azlina Jailani hanya boleh murtad mengikut undang-undang Syariah.

Tun Fairus menolak permohonan Azlina Jailani.

Hakim Datuk Richard Malanjun:Perlembagaan Persekutuan adalah supreme. Permohonan untuk menukar status agama kepada Mahkamah Syariah adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Richard mengambil pandangan untuk tidak bersetuju dengan pandangan Tun Fairus.

Hakim Datuk Alauddin:Bersetuju terhadap alasan yang dikemukakan oleh Hakim Tun Fairus.

Keputusan Penuh Penghakiman:Mahkamah Persekutuan dengan majoriti 2:1 menolak rayuan Azlina Jailani (Lina Joy) untuk menukar status agama di dalam kad pengenalannya dan mengisytiharkan bahawa orang Islam tidak boleh murtad di bawah artikel 11 Perlembagaan kecuali dengan kebenaran Mahkamah Syariah.

Tuesday, May 22, 2007

Gaji Naik!

Kenaikan gaji 1,002,040 kakitangan awam itu diumumkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada perhimpunan Hari Pekerja sektor awam 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam. Hadirin menyambut pengumuman itu dengan tepukan gemuruh dan launganHidup Pak Lah’. Turut menikmati kenaikan berikutan pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam itu ialah 557,033 pesara kerajaan.

Kali terakhir semakan gaji kakitangan awam dibuat pada 1992.Perdana Menteri berkata, gaji pokok Kumpulan Sokongan 2 (Gred 1 hingga 16) dinaikkan 35 peratus; Kumpulan Sokongan 1 (Gred 17 hingga 40) sebanyak 25 peratus, Kumpulan Pengurusan Profesional (Gred 41 hingga Gred 54) sebanyak 15 peratus dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama Sektor Awam atau Jusa C hingga Ketua Setiausaha Negara) sebanyak 7.5 peratus.

Beliau menasihatkan kakitangan awam supaya terus meningkatkan produktiviti serta mutu perkhidmatan kepada rakyat sejajar hasrat kerajaan menjadikan perkhidmatan awam negara sektor yang terbilang di dunia."Selain menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik, kerajaan amat berharap anggota sektor awam akan lebih menekankan aspek perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah kepada perkhidmatan termasuk mengurangkan kerenah birokrasi, sentiasa mesra, telus, responsif, kreatif dan mementingkan pelanggan.
"Sekiranya kita mempunyai hala tuju dan matlamat yang sama, negara dan rakyat akan terus makmur dan sudah pasti kita juga akan menikmati kejayaan bersama, InsyaAllah," katanya

Lagi selanjutnya....Belilah suratkhabar yang ada di Malaysia, tengok Buletin Utama, RTM, NTV, 8TV,TV9, Astro, Radio-radio yang ada...

Wednesday, May 09, 2007

Aku di Hari Ini ( Episod 1 )

Hai...( ade ke ber'Hai' )
Bagi la salam cik Nizam oi.. Assalamualaikum wbt..( kan enak begitu )
Penulis sebenarnya dalam lama jugak tak menulis di blog Soldier ni..
Malas menggerakkan jari-jemari kerdil ini untuk mencorak kan sesuatu di laman blog sendiri..
Emel dari sahabat-sahabat di yahoo.groups sudah puas ku telek dan ku baca juga walaupun
berjela lebar panjangnya. Hati gembira dan tersenyum melihat ramai sahabat-sahabat perjuangan ku meneruskan perjuangan mereka di 'landasan' yang baik.Tahniah buat yang terus 'aktif' menyalakan obor perjuangan indah ini.

Cukup buat hari ini coretan ku..bersambung lagi di lain kali..