Tuesday, July 31, 2007

Anniversary Pertama

Assalamualaikum salam hormat dari saya buat semua pengunjung dan tetamu blog ini.
Alhamdulillah, tepat jam 12.01 tengah malam ini, melangkah ke hari baru 1 Ogos 2007, maka akan genaplah seTahun saya berada dalam arena kerjaya.
Semoga diri ini akan terus diberikan kekuatan 'melangkah' dalam kehidupan di dunia mencabar ini. Dengan izin-NYA jua, bila diri ini diberikan kekuatan untuk menulis dan terus menaip di blog ini, saya akan terus berbicara di alam maya ini.

Monday, July 09, 2007

Misi Ziarah Seridu Ke-2


Alhamdulillah, tanggal 5 Julai 2007 bersamaan 19 Jamadilakhir 1428H (Khamis) yang lalu, saya telah berkesempatan melaksanakan Misi Ziarah Seridu yang ke-2 setelah melaksanakannya buat pertama kali pada sesi lepas. Misi ini adalah salah satu "target events" yang saya jadualkan untuk ahli alumni "rakan-rakan" di kawasan utara tanahair. Saya telah ditemani seorang sahabat sekampung, juga seperjuangan iaitu Bro Mahzan Morat yang turut menyertai Misi Ziarah kali ini. InsyaALLAH, selepas ini Misi Seridu ini menjadi pemangkin buat semua "rakan-rakan" yang berada di Zon Utara sendiri ataupun yang berada di zon-zon lain. Terlebih dahulu izinkan saya kenalkan kepada tetamu ziarah sekalian, apa itu "Seridu"?.Kalian semua boleh tatapi gambar di atas ( papan tanda ) yang telah sempat saya "candid" pada sesi ziarah tempoh hari.

Sekolah Rendah Islam Darul Ulum ( Seridu ), letaknya di Alor Setar ( keluar ikut Tol Plus Alor Setar Selatan lagi mudah untuk mencarinya ). Secara ringkasnya, Misi Ziarah Seridu ini adalah untuk melihat perkembangan kesihatan, perkembangan cerita, pertanyaan khabar sahabat yang berada di sana iaitu Ustaz Syaril Azam. Beliau bertugas sebagai tenaga pendidik sepenuh masa di sana. Dalam ruang bicara pertemuan 8 mata ( kerana kami memakai kaca mata..hehe) dengan beliau, saya berkesempatan mencuri hampir 30 minit masa beliau pada hari itu.

Gelak tawa perbincangan kami, kadang kala diselangi dengan rasa sayu dan mendamaikan hati saya pabila melihat suasana di kawasan Seridu ini. Terdetik di benak hati, inilah tempat anak-anak didik se"Agama" kita yang bakal menerajui apa jua bidang suatu masa nanti. Suasana ceria di kalangan mereka semasa bermain di waktu rehat jelas tergambar. Ceria dengan "apa yang ada" , cukuplah bagi mereka datang dan balik "mutiara-mutiara" ilmu yang dibekalkan oleh para pendidik, ustaz ustazah di Seridu ini. Teruskan perjuangan kalian !

Dalam meneruskan perjuangan arus pendidikan mereka ini kepada anak-anak kecil itu, sewajarnya kita melihat juga kepada perjuangan "material" iaitu keperluan yang amat penting iaitu kemudahan dan infrastruktur yang ada bagi "bahan tambah" dalam perjuangan pendidikan di Seridu ini. Alhamdulillah, dari pemantauan dan khabar yang saya sempat bertanya kepada Sdr. Syaril Azam, blok bangunan Asrama yang masih lagi belum siap sepenuhnya, sudah mula boleh didiami anak-anak pelajar tersebut sebahagian kecilnya. Ada lagi yang masih belum lengkap untuk sesi Pengajaran dan Pembelajara ( P&P ) mereka iaitu, kemudahan Makmal Sains, yang memerlukan juga "tangan-tangan emas" kita semua untuk sama-sama membantu menjayakan misi pendidikan ini. Begitu juga dengan tambahan pembayaran peperiksaan utama UPSR dan lain-lain lagi.


Semoga keperihatinan dan "Tak Pa" kita ini dapat kita selami bersama selamanya. Ini adalah tugas sampingan kita dalam turut sama membantu anak-anak Seridu ini dalam misi kejayaan mereka yang cemerlang, gemilang lagi terbilang. Sekadar perkongsian bersama....

Monday, July 02, 2007

Langkah Demi Langkah Ku


Hari ini, minggu ini banyak tugas, "kerja" juga telah aku lalui. Sememangnya semua tugas dan "kerja" itu memerlukan satu langkah demi langkah yang tersusun dan berstrategik...