Monday, January 29, 2007

Minggu Suai Kenal (MSK) Sesi 2, Januari 2007

Alhamdulillah, dipanjatkan penuh rasa kesyukuran kerana dengan Izin-NYA, semua program sepanjang Minggu Suai Kenal Pelajar Baru Ke-2 2006 ( Ambilan Januari 2007 ) telah berjalan dengan baik. Program selama seminggu bermula 23hb Januari - 27hb Januari 2007 telah dilaksanakan di Kolej dan juga di Kem Kenari, Yan, Kedah. Pelbagai aktiviti sepanjang di Kem Kenari Yan itu telah dikelolakan oleh beberapa orang mantan 'Komando' dan Pegawai Belia Negeri Kedah. Sepanjang di kem, para pelajar ( junior dan senior ) telah didedahkan dengan pelbaga aktiviti yang berkaitan dengan objektif yang ingin dicapai melalui program berkenaan. Sebahagian rakaman menarik sepanjang minggu suai kenal ini boleh anda lihat di link ini http://kayrulzam.fotopages.com