Monday, February 26, 2007

Carling Cup Dan Liga Super

Didier Drogba scored both goals as Chelsea fought back from a goal down to win the Carling Cup final - beating Arsenal 2-1. The in form striker levelled Theo Walcott's opener and then headed the Blues into an 85th minute lead. But the afternoon was marred by a serious head injury to Chelsea captain John Terry and red cards for team-mate Mikel Jon Obi and Arsenal skipper Kolo Toure and Emmanuel Adebayor......(berita lanjut di http://soccernet.espn.go.com/ )

Kabar berita baik buat semua penyokong The Blues, CHELSEA julangan Piala Carling di Stadium Millenium, Cardiff membuatkan mimpi indah dan dengkuran lena di malam hari selepas menyaksikan anak buah Jose Mourinho itu membuat tentangan sengit kepada barisan muda Arsene Wenger, ARSENAL, The Gunners selama lebih dari 90minit ( masa perlawanan sebenar ). Perlawanan penuh dramatik, tragedi suka duka Carling Cup 2007 pastinya menjadi memori dalam diari bola sepak antarabangsa. Bermula dari gerakan cantik penyerang muda berbakat Theo Walcot, The Gunners bermula garang seawal minit ke 12 berjaya mengecewakan Peter Cech dan rakan-rakan di barisan pertahanan akhir The Blues. Namun kelincahan penyerang berbisa EPL, Didier Drogba kembali memecahkan angka 0 yang dimiliki Chelsea.

Perlawanan separuh masa ke-2, bermula garang dengan The Blues mengembalikan semula nafsu menyerang dengan memasukkan ayam tambatan Arjen Robben. Kelibat kapten pasukan, John Terry pula disentak dengan kecederaan serius yang dialaminya apabila terlibat dengan keadaaan kelam kabut di muka gol Arsenal, menyebabkan pemain England itu rebah muka menghempap bumi. Stadium hening, suasana panik di tengah padang memanggil petugas kesihatan berlari merawat keadaan John Terry. Tersentak dengan insiden tersebut, jentera The Blues tidak hilang fokus untuk meneruskan misi mereka, dan akhirnya bisa Didier Drogba sekali lagi menjadi pemusnah impian The Gunners. Lonjakan tandukan tajam Drogba pastinya menjadi detik paling diingati buat peminat Arsenal pada perlawanan ini. Setelah ketinggalan 1 gol, Arsenal semakin hilang sabar mencari gol penyamaan di saat akhir perlawanan. Akibat kawalan emosi yang tidak stabil, maka stadium dicemari dengan babak-babak ala 'Rocky Balboa' bertinju. Kad KUNING dan MERAH jadi murah untuk pengadil meringankan tangan melayangkannya kepada pemain kedua-dua pasukan. Itulah bola sepak...kadang-kadang apa yang disepak bukan bolanya, tapi kepala kawannya...

Apa yang boleh kita ambil pengajaran di sini adalah, bola sepak adalah dunia sukan yang amat menarik. Juga tidak ketinggalan di negara kita, Malaysia bumi bertuah menjadikan bola sepak satu sukan utama di kalangan rakyatnya. Penganjuran pelbagai kejohanan antara yang paling popular kini, LIGA SUPER, Liga Malaysia, Liga Perdana, Piala FA, Piala Presiden dan Liga FAM serta banyak lagi kejohanan yang diadakan. Semoga bola sepak Malaysia akan terus maju lagi dan anak-anak muda yang mewakili negara teruskan semangat mu menjulang nama 'Harimau Malaya' yang garang suatu era dahulu. Amukan semua pasukan bola sepak di Malaysia seharusnya tidak terhenti dengan kejohanan tertentu sahaja, teruskan amukan di persada antarabangsa. Selamat berjuang pasukan kebangsaan!