Saturday, March 24, 2007

Rabiulawal

Salam ukhwah di pagi 5 Rabiulawal 1428H..sedar tidak sedar sudah tiba kita ke bulan Rabiulawal, perkiraan tarikh ini 12 Rabiulawal adalah tarikh hari paling bersejarah iaitu Maulidur Rasul S.A.W. Indahnya hari itu!..Meraikan dan memperingati hari kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. ini bukan sahaja terhad pada 12 Rabiulawal, bahkan ia perlu disemai dalam jiwa kita sebagai umat di muka bumi ini untuk melaksanakannya setiap masa dan ketika.Ingatan kita pada pengorbanan Rasulullah S.A.W. sewajibnya kekal sepanjang hayat. Nur kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. ini membawa rahmat yang sangat besar dalam kehidupan kita.Sama-sama kita mencintainya!

Teringat kata-kata Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Khatib bertugas di Masjid Al-Islah Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal. Siri khutbah pada hari itu banyak berkisar dengan kemerosotan kualiti akhlak pemuda-pemudi zaman sekarang. Kebejatan masalah sosial yang semakin parah di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Institusi kekeluargaan dan faktor keibubapaan memainkan satu peranan yang sangat penting bagi memastikan kualiti anak-anak yang ada berteraskan generasi Al-Quran. Semoga bingkisan ringkas di pagi ini, dapat kita renungi dan jejaki pemikiran kita untuk menjadi kompas yang betul arahnya memandu kita dalam kehidupan yang macam-macam ada ini.