Monday, September 24, 2007

Sudah Pindah Rumah Baru

Pengumuman semua tetamu ziarah yang budiman..


web ini telah dipindahkan ke satu blog yang baru di http://nizam83.wordpress.com/


Segala kesulitan amatlah dikesali. Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya AidilFitri.

Tuesday, September 18, 2007

Ramadhan Yang Indah

Buat tatapan semua tetamu ziarah, selamat menempuh madrasah ramadhan yang indah ini.
Semoga kita semua dapat membina jati diri muslim yang paling indah bermulanya ramadhan kali ini untuk meneruskan kelangsungan hidup di layar kehidupan dunia dan akhirat.

Pengumuman awal, saya selaku moderator blog ini akan memulakan 'hijrah' ke blog yang baru dalam masa akan datang ini. Penghijrahan ini akan dimaklumkan dalam entri yang akan saya update nanti!

Tuesday, September 11, 2007

Ramadhan Kembali Lagi


Alhamdulillah, saya dapat menulis kembali diruangan "langkah demi langkah" ku ini..Semoga perantau-perantau semua dalam keadaan baik dan sehat. Kita, menghitung hari, masa, dan saat untuk melangkah ke bulan indah iaitu Bulan Ramadhan Al - Mubarak yang bakal menjelang tiba.
Diri saya mengucapkan kepada semua, selamat menempuh alam Ramadhan pada kali ini dan bersama membina jati diri muslim yang terbaik.

Sunday, August 05, 2007

Good Communication is A Question of Attitude!

Alhamdulillah, dipanjangkan rasa kesyukuran pada empunya dunia, ALLAH S.W.T. yang telah memberi kesempatan masa untuk saya menghadiri kursus kemahiran komunikasi berkesan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim pada 1-2 Ogos 2007 yang lalu. Ianya telah diseliakan oleh Perbadanan Produktiviti Negara ( National Productivity Corporation).

Komunikasi mengikut satu tafsiran dalam Kamus Dewan keluaran DBP Edisi ke-4, Tahun 2005 ialah satu perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat,radio, telefon dan lain-lain. Secara amnya ianya satu perhubungan si pemberi untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada si penerima. Komunikasi mempunyai aspek keterangan dan aspek emosi untuk menjadikan sesuatu komunikasi itu lebih baik. Aspek informasi bersama-sama kandungan isi dan aspek emosi perlu ada untuk lebih menjadikan satu komunikasi itu berkesan.

Antara 8 Aspek kemahiran komunikasi terpilih yang boleh dilampirkan di sini ialah :
  1. Melibatkan orang lain dalam sesuatu komunikasi - ia bermakna, ada penglibatan 2 atau lebih orang dalam sesuatu komunikasi yang terjadi.
  2. Menerima idea/pendapat orang lain - wujudnya pertukaran pendapat dan idea dari kedua-dua belah pihak yang berkomunikasi/berbincang/mesyuarat dan sebagainya.
  3. Mendengar - kemahiran ini amat baik, kerana faktor pendengaran kepada sesuatu mesej yang disampaikan perlunya kepada ruang untuk kita mendengar setiap pendapat.
  4. Menerima - setelah dipersetujui bersama, aspek penerimaan perlu ada, dan ia perlu diterima dengan sejelas-jelasnya.
  5. Melahirkan pendapat berlainan secara konstruktif - aspek ini perlu untuk lebih merancakkan sesuatu ruang komunikasi yang berlaku, setiap yang terlibat ada pendapat yang berbeza-beza.
  6. Penjelasan - ini amat perlu kerana, setiap ucapan kata-kata perlu disampaikan dengan baik dan jelas difahami oleh pihak pendengar.
  7. Bertanya - aspek ini ada baik untuk mendapatkan lebih kepastian kepada sesuatu ketidakfahaman atau salah paham/musykil dan keliru.
  8. Membuat cadangan - setelah masng-masing memberi pendapat, mungkin ada timbul persoalan / permasalahan yang memerlukan cadangan yang pelbagai bagi membantu komunikasi berjalan dengan baik.

Semua aspek ini penting kerana ia :

  • Membentuk satu sistem yang saling melengkapkan antara satu sama lain.
  • Melancarkan komunikasi menerusi konsep perkongsian.
  • Merupakan asas kepada kejayaan sesebuah kumpulan ( organisasi )
  • Memahami dan selari dengan pendapat / idea pihak-pihak yang terlibat dalam perbincangan.
  • Memberi penghargaan kepada penyumbang pendapat yang lain.
  • Membawa satu kumpulan ke tahap yang lebih tinggi secara aktif dan positif.
  • Mengelakkan kehilangan idea-idea yang baik / elakkan salah paham.
  • Melahirkan minat dan hormat-menghormati.
  • Mendapatkan kepastian untuk memahami sesuatu.
  • Memujudkan satu keseimbangan perbincangan secara pro dan kontra.
  • Mewujudkan satu suasana kerja yang baik dan elakkan konflik komunikasi.

Banyak lagi aspek positif yang akan wujud jika kita semua mengamalkan satu kemahiran komunikasi yang berkesan. Ianya satu seni yang menarik dalam kehidupan kita sebagai manusia yang selalu berhadapan dengan sesiapa sahaja untuk berkomunikasi/bercakap. Saya pasti setiap orang boleh berkomunikasi, cuma apa yang membezakan gaya, kemahiran, medium / alat komunikasi yang digunakan.

Itulah serba sedikit pengalaman yang saya ingin kongsikan bersama tetamu ziarah sekalian. Jika ada pengalaman / tambahan ilmu yang lain boleh kita kongsikan dalam entri ini.

p/s : Terima kasih dan penghargaan buat moderator yang terlibat iaitu Mr. Shaffiee Ayob. Beliau ialah Manager Manufacturing Department di Siemens VDO Instruments MY Sdn. Bhd., Perai, Pulau Pinang.

Tuesday, July 31, 2007

Anniversary Pertama

Assalamualaikum salam hormat dari saya buat semua pengunjung dan tetamu blog ini.
Alhamdulillah, tepat jam 12.01 tengah malam ini, melangkah ke hari baru 1 Ogos 2007, maka akan genaplah seTahun saya berada dalam arena kerjaya.
Semoga diri ini akan terus diberikan kekuatan 'melangkah' dalam kehidupan di dunia mencabar ini. Dengan izin-NYA jua, bila diri ini diberikan kekuatan untuk menulis dan terus menaip di blog ini, saya akan terus berbicara di alam maya ini.

Monday, July 09, 2007

Misi Ziarah Seridu Ke-2


Alhamdulillah, tanggal 5 Julai 2007 bersamaan 19 Jamadilakhir 1428H (Khamis) yang lalu, saya telah berkesempatan melaksanakan Misi Ziarah Seridu yang ke-2 setelah melaksanakannya buat pertama kali pada sesi lepas. Misi ini adalah salah satu "target events" yang saya jadualkan untuk ahli alumni "rakan-rakan" di kawasan utara tanahair. Saya telah ditemani seorang sahabat sekampung, juga seperjuangan iaitu Bro Mahzan Morat yang turut menyertai Misi Ziarah kali ini. InsyaALLAH, selepas ini Misi Seridu ini menjadi pemangkin buat semua "rakan-rakan" yang berada di Zon Utara sendiri ataupun yang berada di zon-zon lain. Terlebih dahulu izinkan saya kenalkan kepada tetamu ziarah sekalian, apa itu "Seridu"?.Kalian semua boleh tatapi gambar di atas ( papan tanda ) yang telah sempat saya "candid" pada sesi ziarah tempoh hari.

Sekolah Rendah Islam Darul Ulum ( Seridu ), letaknya di Alor Setar ( keluar ikut Tol Plus Alor Setar Selatan lagi mudah untuk mencarinya ). Secara ringkasnya, Misi Ziarah Seridu ini adalah untuk melihat perkembangan kesihatan, perkembangan cerita, pertanyaan khabar sahabat yang berada di sana iaitu Ustaz Syaril Azam. Beliau bertugas sebagai tenaga pendidik sepenuh masa di sana. Dalam ruang bicara pertemuan 8 mata ( kerana kami memakai kaca mata..hehe) dengan beliau, saya berkesempatan mencuri hampir 30 minit masa beliau pada hari itu.

Gelak tawa perbincangan kami, kadang kala diselangi dengan rasa sayu dan mendamaikan hati saya pabila melihat suasana di kawasan Seridu ini. Terdetik di benak hati, inilah tempat anak-anak didik se"Agama" kita yang bakal menerajui apa jua bidang suatu masa nanti. Suasana ceria di kalangan mereka semasa bermain di waktu rehat jelas tergambar. Ceria dengan "apa yang ada" , cukuplah bagi mereka datang dan balik "mutiara-mutiara" ilmu yang dibekalkan oleh para pendidik, ustaz ustazah di Seridu ini. Teruskan perjuangan kalian !

Dalam meneruskan perjuangan arus pendidikan mereka ini kepada anak-anak kecil itu, sewajarnya kita melihat juga kepada perjuangan "material" iaitu keperluan yang amat penting iaitu kemudahan dan infrastruktur yang ada bagi "bahan tambah" dalam perjuangan pendidikan di Seridu ini. Alhamdulillah, dari pemantauan dan khabar yang saya sempat bertanya kepada Sdr. Syaril Azam, blok bangunan Asrama yang masih lagi belum siap sepenuhnya, sudah mula boleh didiami anak-anak pelajar tersebut sebahagian kecilnya. Ada lagi yang masih belum lengkap untuk sesi Pengajaran dan Pembelajara ( P&P ) mereka iaitu, kemudahan Makmal Sains, yang memerlukan juga "tangan-tangan emas" kita semua untuk sama-sama membantu menjayakan misi pendidikan ini. Begitu juga dengan tambahan pembayaran peperiksaan utama UPSR dan lain-lain lagi.


Semoga keperihatinan dan "Tak Pa" kita ini dapat kita selami bersama selamanya. Ini adalah tugas sampingan kita dalam turut sama membantu anak-anak Seridu ini dalam misi kejayaan mereka yang cemerlang, gemilang lagi terbilang. Sekadar perkongsian bersama....

Monday, July 02, 2007

Langkah Demi Langkah Ku


Hari ini, minggu ini banyak tugas, "kerja" juga telah aku lalui. Sememangnya semua tugas dan "kerja" itu memerlukan satu langkah demi langkah yang tersusun dan berstrategik...