Tuesday, December 12, 2006

Mutiara Hati

Kisah Mutiara Hati.... Drama bersiri setiap 6 petang di Channel 9. Saya merasakan drama lakonan anak cilik, yang dikenali Nabila ini memang popular di kalangan penonton tetap siaran drama Indonesia selepas drama 'Kiamat Sudah Dekat'.

Petang kelmarin, saya juga menjadi sebahagian besar penonton siaran drama ini. Drama ini baik dan mesej yang disampaikan juga jelas dan dapat difahami oleh setiap mata hati yang menontonnya. Kepetahan si Nabila, anak kecil comel ini menyebut 'bunda, Ya Allah...dan kata-kata manisnya itu membuatkan hati gembira melihat lakonan si Nabila dan kisah hidupnya itu.

Saya tertarik dengan episod petang kelmarin 11 Disember, apabila dikisahkan seorang pemuda dan bapanya. Pemuda ini berkelakuan tidak baik kepada bapak nya sendiri ( bapa kandung pulak tu ! ). Dalam erti kata lain, dia sudah bersikap 'kurang ajar' , Derhaka, 'melampau' , 'Zalim' kepada orang tuanya itu. Sudahlah bapanya sendiri 'melutut' menjadi buruh paksa bekerja di sebuah tapak pembinaan. Yang mengembirakan hati si pemuda ialah, dia menjadi "Mandur" iaitu 'penyelia', 'supervisor' , 'incharge man' kepada bapa nya sendiri. Pendek kata, semua arahan kepada bapanya diucap dengan kata-kata kasar dan penuh kezaliman.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah pengajaran tentang kepentingan mendapat redha Ibu Bapa yang banyak berkorban untuk kejayaan kita pada hari ini. Adanya kita sebagai seorang pemuda, seorang pemudi, seorang jurutera, pensyarah,tukang kebun, penjual air tebu dan sebagainya...semuanya bermula dari didikan dan asuhan ibu bapa tercinta. Ibu menjaga hinggakan seekor nyamuk pun tidak boleh tumpang 'landing' di atas badan kita sewaktu 'baby' dahulu. Alangkah kasihnya mereka pada kita...saya menasihatkan diri yang paling utama ini, agar kita menjadi anak-anak yang dapat memberi air mata kegembiraan buat kedua ibu dan bapa kita.
Buatlah apa jua kebaikan untuk mereka selagi mereka masih ada di dunia ini..

Friday, December 01, 2006

1 Disember 2006

Alhamdulillah..kini setelah beberapa lama saya meninggalkan blog kesayangan ini, langkah jemari ini memulakan tugasnya kembali. Terima kasih buat sahabat, akhi Amin Che Hassan yang sempat menjengah blog saya yang tak seberapa ini. Kata-kata tinggalannya di "shout box" blog saya ini telah menaikkan semangat saya untuk kembali ke arena penulisan blog ini. Tanggal 1 Disember 2006 ini, Hari mulia di petang Jumaat 6 petang, penulis ( saya ) kembali meneruskan gerakan jari-jemari ini untuk mengisi kekosongan sekian lama di blog tersayang ini.
Sedar tak sedar, dah hampir melangkah ke tahun 2007 dah..rasanya sekejap masa berlalu di tahun 2006. Musim haji juga akan bermula tidak lama lagi, dan dah ada juga saudara-saudara kita yang terbang awal ke Tanah Suci Mekah. Didoakan semoga mereka semua selamat sampai dan selamat pulang ke Tanahair dengan Haji yang mabrur.

Khatib solat Jumaat pada tengahari tadi menekankan tentang kepentingan hidup bertakwa kepada ALLAH S.W.T. Ketakwaan dan ingatan kita pada ALLAH S.W.T hendaklah di mana sahaja kita berada. Kalimah Zikrullah tanda Ingatan kita pada Maha Kuasa ini sentiasa menitip dibibir dan di dalam jiwa nurani kita sebagai hamba ciptaan-NYA. Semoga ingatan ini adalah bekalan nasihat dan tarbiyah jiwa buat diri saya dan juga kalian semua. Perbanyakkan amalan terbaik kita selama kita masih lagi dikurniakan-NYA dengan kekuatan fikzikal dan jasmani yang elok.

Saya juga ingin berkongsi pengalaman sedikit, tatkala membaca Harian Metro ( surat khabar popular di Malaysa ) hari ini 1 Dismber 2006, alangkah terkejutnya saya melihat seorang anggota Polis mengangkat mayat seorang bayi yang telah dijumpai mati dibuang! Masih lagi ada tali pusatnya! Adus...sedih bertambah lagi, dikatakan mayat bayi tersebut dibuang bersama potongan-potongan ayam dan sampah di dalam plastik sampah hitam! Lihatlah sekarang ini manusia sudah tidak dapat menilai mana satu bangkai ayam dan bayi anak kelahiran sendiri....

Baru-baru ini semasa Diskusi bersama sahabat-sahabat di Port biasa kami, tajuk kepemudaan dan arah tuju juga disentuh. Antara isu semasa yang sempat dibicarakan ialah kes Anak Luar Nikah, di mana statistik daripada sumber yang didapati ialah sebanyak 68 ribu lebih anak-anak luar nikah dilahirkan sekitar tahun 2005. Nah!..tahun 2006 berapa agaknya?