Wednesday, June 27, 2007

Re"fresh"ment dan Re"branding" Diri


Bandar Baharu, Kedah : Waktu Dhuha, ini saya ingin mengajak diri ini dan tetamu ziarah semua bersama-sama kita refreshment dan rebranding diri dan jiwa kita ini. Tatkala saya menulis ini, ada insan-insan yang meraung derita, menagih simpati. Pagi ini saya sempat menziarahi blog-blog sahabat dan halaman-halaman di dunia cyber ini, yang rata-rata nya membicarakan pelbagai isu masalah umat di dalam dan luar negara kita. Hati ini sayu...menatapi kata-kata ehsan, kata perjuangan dari rakan-rakan blog ini yang berkomentar berkenaan dengan 1001 wajah suka duka umat Islam di dunia.


Berbalik bicara kepada diri ini, saya mulai terpanggil di dalam benak hati ini tentang soal perjuangan kepada anak bangsa terutama anak-anak Umat Islam. Lebih saya fokuskan lag kepada golongan muda remaja, belia belasan tahun. Aduh, pelbagai kompilasi hidup yang kita lihat hari ini. Tidak selesai dengan isu mat-minah rempitnya, dadah, gam, daun ketum, buli, rogol, gengster dan sebagainya yang mempunyai talian "adik-beradik" dengannya.


Terkedu saya memikirkan di manakah hilangnya "sirna jatidiri" golongan muda remaja Islam ini paling utamanya yang berada di ranking paling top dalam gejala negatif remaja pada hari ini. Pelbagai program telah dibuat...kempen sana-sini dan "macam-macam ada", tapi "ibarat meminjam kata-kata seorang yang popular lagi terkenal Saudara Karam Singh Walia " bagai mencurah air di daun keladi", "harapkan pagar, pagar makan padi" itulah beberapa nukilan kata-kata yang saya "pinjam" darinya.


Duduk termenung di meja pejabat ini, terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata semasa di zaman belajar di kampus, " Suara Mahasiswa, Manifestasi Masyarakat", "Mahasiswa Aspirasi Masyarakat", "Dari Kampus ke Lapangan Umat" dan sebagainya yang membangkitkan "darah" perjuangan seorang mahasiswa yang menggelarkan diri sebagai "aktivis masyarakat kampus". Semua ini dapat kita dengari dan lihat tatkala berlangsungnya Pilihanraya Kampus dan sebagainya. Sekarang, di mana suara-suara itu menghilang? Saya tidak menafikan bahawasanya "suara" itu menghilang semuanya, saya percaya dan lagi yakin "suara-suara" ini masih terus segar dan menyusuri denai-denai arus kehidupan kita untuk dulu, kini dan selama-lamanya. Teruskan obor perjuangan kalian wahai semua sahabatku, walau dimana kalian semua dicampakkan. Saya memberikan lontaran semangat ini buat diri saya juga dan pada "suara-suara" yang sama-sama mencari matlamatnya yang satu itu!


Ayuh, bersama-sama kita menadahkan doa kepadaNYA yang Maha Kuasa, agar ditetapkan hati-hati ini bersama dengan pejuang-pejuang agamaMU,hati-hati ini memohon ampun dariMU,hati-hati ini banyak dosa kepadaMU...Ya ALLAH, bantulah hati-hati ini dalam perjalanan hidup ini..

Saya mengajak diri saya dan tetamu ziarah sekalian, tetapkan dalam hati, kembalikan "kebaikan" yang ada dalam diri kita, semoga terus "menyala" cahaya dalam jiwa ini bersama kalimah yang Maha Agung, La Illaha Illallah.....Allahuakhbar!


Sunday, June 24, 2007

Gilap Akal dan Ilmu





Alhamdulillah, setelah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di blog kesayangan saya ini,hari ini jari-jemari ini kembali kepada tugasnya untuk menaip di keyboard komputer ini. Setelah pulang dari kursus pengucapan awam dan kemahiran persembahan yang telah saya "update" entrinya di blog ini. Saya telah mendapat "assignment" untuk amali praktikal apa yang saya pelajari pada kursus berkenaan. Mana tidaknya dikatakan satu "amali" selepas teori dan latihan diberikan 4 hari dalam kursus tersebut...Saya telah diamanahkan oleh seorang rakan pejabat untuk menggantikan beliau bagi menyampaikan satu taklimat berkenaan kursus yang diadakan di kolej tempat saya "kerja". Tugasan menyampaikan satu ucapan serba ringkas ini, alhamdulillah dapat saya laksanakan dengan sebaik semampu diri saya laksanakan. Taklimat kepada kaum ibu sekitar daerah Bandar Baharu di dalam program Seminar dan Motivasi Kumpulan Sokongan Susu Ibu, Daerah Bandar Baharu, Kedah. Serba sedikit teknik dan kaedah komunikasi di khalayak ramai cuba saya praktikan di dalam siri taklimat ringkas tersebut. Antara yang boleh saya kongsikan beberapa tips berguna dengan para sahabat pelayar alam maya internet ini ialah :

  1. Beberapa tujuan ucapan antaranya ialah : Tujuan untuk memberi maklumat, mempengaruhi, tukar pandangan, syarahan umum, memujuk serta menghibur.

  2. Satu pengucapan yang efektif, yakni yang berkesan ialah : Pengucap mestilah menangani kegugupan, menganalisa audiens (tetamu / pendengar),mengumpul idea dan maklumat, mengatur bahan ucapan.

  3. Bagaimana kita boleh "Success" dalam menyampaikan ucapan? -Ya, sudah tentunya perancangan; merancang pengenalan ucapan, latihan berucap,cara penyampaian dan penutup ucapan.

  4. Dalam memulakan ucapan seharusnya kita : memiliki gaya tersendiri ( be Yourself ), yakin, berjalan dengan tenang, adakan hubungan interaksi dengan audiens, senyuman keceriaan, memulakan dengan tanpa melihat nota (keynote), ucapan aluan terima kasih kepada MC (master of ceremony), perkenalan diri, nyatakan perasaan anda dan sebagainya...

  5. Antara perkara yang patut anda elakkan semasa berucap ialah : bergayut pada rostrum, berdiri senget, berpeluk tubuh, tangan dalam poket seluar, pergerakan tangan melampau, menggaru misai / janggut, memusingkan pen, kerap menyelak nota dan sebagainya...inilah pantang larang dalam penampilan diri semasa berucap.
Tetamu,sahabat-sahabat semua, inilah diantara beberapa yang boleh saya kongsikan dengan kalian semua. Apa yang ingin saya tambahkan serba sedikit ialah mengenai akal kita sebagai umat manusia perlu kita "gilap" dengan sebaik-baiknya. Akal anugerah paling berharga yang perlu kita hargainya dengan baik. Ilmu amat pentng bagi kita sebagai umat Islam yang kini berhadapan dengan pelbagai krisis masyarakat dunia. Surah Al-Mujadalah ayat 11 menerangkan maksud ayat " Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan berilmu di kalangan kamu beberapa darjat" .

Generasi hari ini seharusnya memiliki kekuatan mengenali potensi diri dengan baik dalam mendepani arus kehidupan yang semakin mencabar ini. Saya juga mengingatkan diri saya berkenaan perkara penting ini.Perdalamkan ilmu di dalam diri kita, gilapkan akal kita dengan sebaik-baiknya. Al-Quran dan Sunnah ada formula kejayaan tersebut..












Thursday, June 14, 2007

Pengucapan Awam dan Kemahiran Persembahan

Sekadar berkongsi pengalaman dengan semua pelayar, pembaca, tetamu di blog ini. Pada 10-13 Jun 2007 yang lalu saya telah berpeluang mengikuti Kursus Pengucapan Awam dan Kemahiran Persembahan di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka Bandaraya Bersejarah.Kursus ini adalah anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dengan kerjasama dari sebuah syarikat perunding motivasi Amal Pro Sdn.Bhd.
Dengar sahaja "pengucapan awam"? ah! tidak...aku tak nak join"..dah sebagainya itu adalah ungkapan kata-kata yang seringkali, kadang-kadang kita dengari. Pengucapan awam atau "public speaking" ini ada juga yang menjadikan ia satu 'fenomena' menakutkan untuk disertai. Betul atau tidak?
Bagi kita sebagai insan biasa ini, sememangnya perasaan gugup,gementar,hilang arah, "blur" dan sebagainya akan berlaku semasa pengucapan awam ini. Perasaan yang timbul ini, semuanya ada dalam jiwa manusia. Apatah lagi kita berdiri di hadapan beribu-ribu orang yang tidak dikenali untuk berucap dalam sesuatu majlis.

Berkenaan kursus yang dapat saya hadiri ini, saya amat besyukur kepada Yang Maha Kuasa, ALLAH SWT. kerana saya dapat mengikuti kursus berkenaan sehingga hari akhirnya.Alhamdulillah, 1001 dan bertambah-tambah lagi dapatan ilmu dan mutiara indah pengetahuan tambahan dapat saya kutip di sana. Tips-tips berguna, teknik, strategi sulit semuanya didedahkan oleh fasilitator yang diamanahkan menyampaikan ilmu mereka kepada semua peserta kursus. Syukran diucapkan kepada Tn Syed Putra bin Syed Ali,Prof.Madya Dr.Syarifah Meriam binti Syed Akil dan pihak penganjur kursus.

Suka saya katakan di sini, jika ada yang berminat berkongsi pengalaman,berdiskusi ilmu berkenaan topik "pengucapan awam dan kemahiran persembahan" ini, saya amat alu-alukan 'langkah demi langkah' yang positif ini. Sekian, sekadar perkongsian dari saya.

bersambung...





Thursday, June 07, 2007

Pak Lah Di Hari Ceria


Berita-berita di media massa utama negara 'hangat' dan 'bingit'( kata seorang kawan saya di Johor) dengan cerita terbaru orang no 1 negara, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan pilihannya Jeanne Abdullah..Lihat saja muka-muka depan akhbar utama di Malaysia, dipenuhi warna-warni keceriaan Pak Lah dengan keputusannya itu. Paparan seterusnya bolehla lihat dan tatapi akhbar yang ada...
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih bekas Pengurus Kompleks Seri Perdana, Jeanne Abdullah, 53, sebagai pasangan hidup yang akan dinikahinya pada satu majlis sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat, Sabtu ini.

Jeanne, anak sulung daripada empat beradik dan dilahirkan di sini pada 29 Julai 1953 ialah bekas adik ipar Allahyarham Datin Seri Endon Mahmud. Beliau yang berpisah dengan suaminya sejak 15 tahun lalu, mempunyai dua anak – Nadiah dan Nadene.Perdana Menteri, pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) 2007, di sini, petang semalam berkata, beliau memilih Jeanne kerana perwatakannya serasi, bersikap sederhana dan pandai membawa diri.“Saya sudah mengenalinya kira-kira 20 tahun dan dia sebenarnya keluarga, adik ipar Kak Endon apabila Jeanne berkahwin dengan adik arwah Endon tetapi dah berpisah sejak lebih 15 tahun lalu. Namun saya dapati dia cukup sederhana, peramah dan pandai melayan orang yang datang ke rumah saya.
Sumber : Berita Harian